NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Google Photos bagi Android kini membolehkan pengguna padam secara terus di album


Rasanya pada saat ini, semua sudah tahu. Tetapi jika belum, tahukah anda yang kebanyakan ciri menarik aplikasi Google dan kemaskini baharu diberikan kepada peranti iOS terlebih dahulu? Peranti Android kerap ketinggalan atau lambat.

Antaranya adalah ciri padam gambar terus daripada album. Pada iOS, tiada masalah pun jika pengguna ingin padam gambar terus kerana adanya ikon tong sampah. Begitu juga di web. Di Android, ikon ini tidak kelihatan dan antara perkara yang menjengkelkan. Android hanya membenarkan penggua membuang gambar daripada Album, tetapi tidak daripada Google Photos itu sendiri.

Terkini ciri ini mula diimplementasikan kepada peranti Android. Namun ia cacat, kerana pengguna hanya boleh buang gambar jika album itu ditetapkan sebagai peribadi. Album yang telah dikongsi atau pernah dikongsi kekal dengan gambar hanya boleh dibuang daripada album bukan padam sepenuhnya.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo