NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anggota tentera maut, hasrat timang anak baharu tidak kesampaian


SUNGAI PETANI:
Hasrat seorang anggota Tentera untuk menemui isteri baru bersalin tidak kesampaian setelah maut dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku jam 8.15 malam ketika itu mangsa Muhammad Izzat Jefree, 27, dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 datang dari arah Bedong menghala ke arah ke arah Gurun.

“Akibat jarak terlalu dekat mangsa tidak nampak sebuah kereta Jenis Honda Accord sedang membelok untuk masuk ke Taman Selesa Bedong merempuh bahagian kiri kereta terbabit.

“Mangsa terpelanting jatuh ke atas jalan dan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo