NOTIS:

Belum ada lagi....

164 pekerja asing Indonesia terkandas di Lombok

0

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono

KUALA LUMPUR: Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mengesahkan penangguhan penerbangan membabitkan 164 pekerja asing sektor perladangan dari Indonesia yang sepatutnya tiba di tanah air, malam ini. 

Jelasnya, kesemua pekerja asing berkenaan berada di Lombok dengan penerbangan asal dijadualkan jam 4 petang tadi.

"Penerbangan dibatalkan, saya hanya dimaklumkan ada masalah di Lombok. Saya tidak pasti mengapa Agensi Perlindungan Pekerja Migran Indonesia di Jakarta mengambil keputusan sedemikian.

"Difahamkan terdapat sedikit masalah di lokasi (penerbangan) di Lombok," katanya kepada BH, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan kumpulan pertama pekerja asing sektor perladangan dari Indonesia dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 malam ini.

Ia adalah ketibaan pertama kumpulan pekerja asing dari negara itu, selepas sekatan disebabkan pandemik COVID-19.

Diminta mengulas sama ada terdapat kemungkinan kesemua pekerja yang terkandas akan tiba ke tanah air esok, beliau berkata, perkara itu belum dapat disahkan. 

"Setakat ini belum tahu lagi. Keputusan muktamad belum ada. Mungkin (penerbangan) akan tertangguh sehingga masalah di Lombok dapat diatasi," katanya.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo