NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ukraine mahu dana Russia dibekukan biaya pembinaan semula


KYIV: Ukraine sedang bekerjasama dengan sekumpulan peguam antarabangsa berhubung mekanisme yang boleh digunakan untuk menggunakan dana Russia yang dibekukan bagi mengimbangi kerugian negara itu akibat pencerobohan Moscow.

Menteri Kehakiman Ukraine, Denys Malyuska, berkata operasi ketenteraan khas Russia mengakibatkan kemusnahan sehingga 30 peratus ke atas semua infrastruktur dalam pelbagai tahap di negara berkenaan.

Beliau berkata mereka menganggarkan kos bagi semua kemusnahan setakat ini adalah kira-kira AS$500 bilion (RM2,145 bilion).

Kesatuan Eropah (EU) sedang berusaha mewujudkan dana antarabangsa untuk pembinaan semula, manakala segelintir ahli politik EU menggesa menggunakan aset Russia yang dibekukan termasuk AS$300 bilion (RM1,287 bilion) di Rizab Bank Pusat negara itu.

"Ukraine memilih matlamat paling penting untuk kami, iaitu wang Bank Pusat dan Tabung Kebajikan Persekutuan Russia.

"Wang itu ada di satu tempat, satu pemilik dan pemiliknya sememangnya melakukan perbuatan jenayah yang menyalahi undang-undang," kata Malyuska merujuk kepada Russia dan menambah ia adalah jumlah wang yang besar.

Malyuska berkata pasukan undang-undang sedang menyiasat perkara itu dan penyelesaian paling cepat adalah untuk setiap negara meluluskan undang-undang khas mereka yang membenarkan dana Russia digunakan bagi kegunaan Ukraine.

"Ia memerlukan tahap keberanian dan kemahuan politik daripada setiap negara," katanya.

Ukraine turut mencadangkan supaya kuasa Barat terkemuka menandatangani perjanjian antarabangsa untuk menyelaraskan mekanisme pampasan, sekali gus memastikan keputusan dibuat secara persetujuan bersama.

"Terdapat kepentingan politik yang besar dalam perkara ini. Setiap negara Barat sedar adalah agak pelik untuk membantu Ukraine menggunakan duit pembayar cukainya," katanya.

Malyuska berkata menyasarkan dana negara Russia tidak bermakna Ukraine melupakan rancangannya untuk menggunakan dana pemerintah dan ahli golongan dalaman Presiden Vladimir Putin, yang dibekukan.

Ribuan orang terbunuh, bandar dan kota hancur teruk, manakala 11 juta penduduk iaitu hampir satu perempat populasi Ukraine kehilangan tempat tinggal sejak Russia melancarkan pencerobohan pada 24 Februari lalu. - REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo