NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Tiada kenaikan yuran pengajian IPT' - KPT

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi


PUTRAJAYA: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini tidak dibenarkan menaikkan yuran pengajian masing-masing.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata ini kerana pihaknya sudah menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 ketika itu.

"Ia dilakukan atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya pelajar IPT terutamanya ketika negara baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik," katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT menambah, bagi Universiti Awam (UA), ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi dan sumber kewangan.

"Kewangan yang disediakan oleh kerajaan masih mampu untuk UA melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberi pendidikan kepada warga negara," katanya.

Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo