NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas dapat tulang UMNO bercakar sesama sendiri


PETALING JAYA:
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Puad Zarkashi membidas Ketua Umno Johor Hasni Mohammad kerana menuduh beliau menghina DUN Johor baru-baru ini.

Beliau yang baru dilantik itu mempersoalkan apakah Hasni tidur ketika DUN bersidang.

“Hasni tuduh saya menghina Dewan Negeri. Apa yang saya hina? Dia ada dalam Dewan. Dia mendengar apa yang saya kata.

“Saya mengingatkan kepada titah nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14,” katanya di Facebook.

Puad juga berkata beliau hanya mengulangi titah Sultan Johor yang berkata “Jangan cemarkan Dewan ini dengan perangai buruk, ini adalah Dewan mulia bukan Dewan sangkar beruk”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu turut mempersoalkan sekiranya dengan mengingatkan nasihat murni itu ia dianggap sebagai satu penghinaan.

“Saya hanya menambah, ‘Kita memikul tanggungjawab sebagai pembina utama sendi sendi bernegara dan berbangsa. Peliharalah nama baik Bangsa Johor’.

“Apakah itu menghina? Kenapa Hasni mesti memetik daripada portal lain sedangkan dia ada dalam Dewan. Apakah dia tidur dalam Dewan?

“Hasni boleh semak hansard Dewan sebelum buat komen. Sebenarnya lena dalam Dewan adalah menghina Dewan,” katanya.

Terdahulu, Hasni berkata di Twitternya, Puad tidak seharusnya berkata demikian, meskipun sekadar untuk mengingat.

Katanya, Puad sebagai speaker dan ADUN, seeloknya memberikan jaminan serta mengutarakan pelan tindakan bagi memperkuat institusi demokrasi negeri dalam masa terdekat.

Baca Berita Sebelum ini :
'Sangkar beruk': Bekas MB Johor tegur speaker DUN baru


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo