NOTIS:

Belum ada lagi....

Saya beri laluan kepada Saifuddin dalam PKR, kata Rafizi

0


GEORGE TOWN:
Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini, berkata beliau berkorban demi membantu Saifuddin Nasution Ismail ketika “hilang kerja” selepas tewas, pada pilihan raya umum 2013.

Pada pilihan raya berkenaan, Saifuddin mengalami kekalahan menentang calon Umno di Kulim-Bandar Baharu. Beliau bagaimanapun, menang di kawasan sama, pada 2018.

Rafizi yang juga naib presiden PKR, berkata beliau memujuk Saifuddin kembali aktif dalam politik susulan kekalahannya dalam pilihan raya 2013, selain memberi laluan kepadanya menjadi setiausaha agung parti, jawatan yang kekal disandang Saifuddin sehingga kini.

Kenyataan merujuk Saifuddin berkenaan timbul susulan komen pencabarnya bagi jawatan timbalan presiden itu, baru-baru ini, mengulas ketiadaan Rafizi selama dua tahun daripada politik, yang mana mencetuskan kritikan terhadap Rafizi menghilangkan diri ketika parti memerlukannya.

Rafizi menggesa Saifuddin tidak mengambil tindakan ingin memalukan orang lain dengan mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi.

Katanya, beliau memainkan peranan penting kepada Saifuddin menyokongnya diberikan jawatan di Pulau Pinang selepas Saifuddin meninggalkan negara untuk bekerja di Indonesia. Rafizi berkata, beliau mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan Pulau Pinang melantik Saifuddin sebagai penasihat strategik kepada ketua menteri ketika itu, Lim Guan Eng, pada 2017.

“Kerajaan Pulau Pinang terima kertas saya dan Saifuddin dapat jawatan itu.

“Saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung (pada 2016) untuk diserahkan kepada Saifuddin, sebab saya fikir ketika itu, jadi naib presiden sudah cukup,” kata Rafizi. Ketika itu, Rafizi sebagai naib presiden (jawatan dipilih) dan pada masa sama sebagai setiausaha agung parti.

Rafizi berkata, beliau juga menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) walaupun dirinya tidak dibenarkan bertanding, pada pilihan raya umum 2018 susulan kes mahkamah. “Jadi, mengapa jadikan saya sasaran kegagalan anda,” katanya.

Beliau bagaimanapun, tidak tersinggung dengan kenyataan dibuat Saifuddin yang dianggap sebagai “rakan baik”, namun sekadar menjawab soalan dikemukakan ahli di Permatang Pauh.

Rafizi berucap di hadapan kira-kira 200 ahli di Bayan Baru, hari ini, dalam kempennya bagi jawatan timbalan presiden. Pemilihan parti akan berlangsung, bermula 13-18 Mei.

Secara berasingan, Rafizi berkata, beliau tidak aktif berpolitik memandangkan perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad, tidak menyukainya dan beliau tidak mahu menjejaskan peralihan kuasa antara Mahathir kepada pemimpin PKR, Anwar Ibrahim.

“Saya tidak bodoh. Saya boleh lihat tanda pimpinan ketika itu. Saya bercuti daripada tugas parti. Saya tidak mahu batu penghalang antara kerajaan dan Tun M,” katanya.

Rafizi berkata, beliau akan terus berkhidmat kepada parti sekali pun gagal menang dalam pemilihan parti. Katanya, beliau juga akan terus melakukan yang terbaik sekiranya beliau sekali lagi dipilih sebagai Ahli Parlimen di Pandan, Selangor, kerusi di mana disandangnya selama sepenggal bermula 2013-2018.

Ketika ini, kerusi berkenaan disandang bekas presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail. - FMT


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo