NOTIS:

Belum ada lagi....

Perintah gaji minimum RM1,500 telah diwartakan

0
Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan semalam.
Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan itu disiarkan di laman sesawang rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini.
Berdasarkan warta itu, pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.
"Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari bagi lima hari bekerja manakala RM86.54 sehari jika bekerja empat hari dengan setiap jam bersamaan RM7.21.
"Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih," menurut warta itu yang bertajuk Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Perenggan itu juga terpakai tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.
Selain itu, warta tersebut memaklumkan pengecualian pelaksanaan gaji minimum RM1,500 pada 1 Mei ini bagi majikan yang mengambil pekerja kurang daripada lima orang dan pelaksanaannya hanya berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.
Dalam pada itu, kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei hingga 31 Dis ini ialah RM1,200 bagi Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran manakala RM1,100 bagi kawasan selain Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.
Justeru itu, warta tersebut memaklumkan Perintah Gaji Minimum 2020 adalah dibatalkan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei di seluruh negara.
Sumber | Astro Awani























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo