NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jurugambar Ukraine terbunuh membuat liputan perang

Jurugambar dan juruvideo untuk laman web berita Ukraine dan juga penyumbang berita kepada Reuters, Maksim Levin terbunuh ketika membuat liputan mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine. - REUTERS

LVIV: Maksim Levin, seorang jurugambar dan juruvideo untuk laman web berita Ukraine dan juga penyumbang berita kepada Reuters, terbunuh ketika membuat liputan mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Levin meninggalkan isteri dan empat anaknya.

Mayatnya ditemui di sebuah kampung di utara ibu kota Ukraine Kyiv pada kelmarin (1 April), kata laman web berita LB.ua yang juga media Levin berkhidmat.

Beliau yang dilahirkan pada tahun 1981, adalah pembuat filem dokumentari yang banyak menyumbang kepada liputan berita Reuters di negara itu sejak 2013.

Ketika kejadian dia sedang membuat liputan di kampung Huta Mezhyhirska dan difahamkan terdapat tembakan hebat di kawasan itu.

Pejabat pendakwa raya di Ukraine berkata Levin 'dibunuh oleh anggota tentera Russia dengan dua das tembakan dari senjata kecil'. Bagaimanapun ia tidak dapat disahkan secara bebas.

Editor pengurusan global Reuters untuk visual, John Pullman berkata, mereka sedih mendengar kematian Maksim Levin, penyumbang lama kepada Reuters, di Ukraine.

"Levin memberikan gambar dan video menarik dari Ukraine kepada Reuters sejak 2013.

"Kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan. Fikiran kami bersama keluarganya pada masa yang sukar ini," katanya. - REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo