NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasukan Khas ditubuhkan siasat industri ayam, telur

Gambar Fail Metro

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu berkaitan industri ayam dan telur.

Penubuhan pasukan itu selaras arahan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

MyCC berkata, penyiasatan dalam isu itu sedang berjalan lancar sejak semalam termasuk menjalankan aktiviti serbuan dan pengambilan kenyataan perusahaan dan individu berkaitan.

"MyCC turut mendapat sokongan dan kerjasama padu dalam aktiviti penyiasatannya, termasuk daripada pihak tertentu yang sedang mempertimbangkan untuk memohon kelonggaran bawah Seksyen 41, Akta Persaingan 2010, untuk membantu MyCC menyiasat perkara ini.

"Seterusnya, MyCC menjemput mana-mana perusahaan lain, pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam untuk turut membantu MyCC dalam penyiasatan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihak yang berminat digesa menghubungi MyCC melalui talian di 03-22732277 (IED) atau e-mel kepada complaints@mycc.gov.my.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo