NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Netflix Tiada Pelan Untuk Memperkenalkan Iklan Buat Masa Ini


Salah satu kelebihan perkhidmatan penstriman berbayar premium seperti Netflix, Spotify, dan sebagainya ialah pengguna tidak perlu risau mengenai iklan yang menjengkelkan. Malah, terdapat sesetengah pihak yang sanggup membayar langganan yang lebih mahal untuk tidak perlu melihat kandungan iklan langsung, seperti di YouTube Premium.

Terkini, Netflix mengesahkan bahawa mereka tiada pelan untuk memperkenalkan iklan pada masa ini, menurut Ketua Pegawai Kewangan mereka, Spencer Neumann. Beliau ditanya jika Netflix akan memperkenalkan pelan lebih murah yang hadir dengan iklan untuk meningkatkan keuntungan syarikat tersebut.

Jawapan beliau, Netflix tidak mahu memperkenalkan pelan murah ini, dan mahu memfokuskan kepada mencipta kandungan baru dan juga memperbaiki mutu tontonan pengguna tanpa iklan yang menjadi tulang belakang perkhidmatan penstriman tersebut sejak syarikat tersebut dibangunkan sehingga kini.

Tetapi beliau juga tidak menidakkan kemungkinan bahawa pelan sebegitu akan diperkenalkan di masa akan datang. Menurut beliau, perkara ini bergantung kepada kehendak pasaran dan samada pelanggan Netflix benar-benar mahukan pelan sedemikian.

Syarikat-syarikat seperti Disney, Comcast, WarnerMedia dan sebagainya yang mempunyai perkhidmatan penstriman mereka sendiri dilihat akan hadir dengan penawaran langganan beriklan untuk meningkatkan jumlah pelanggan mereka.

Sejak syarikat-syarikat televisyen kabel ini mula memasuki pasaran penstriman kandungan, Netflix dilihat kehilangan peratusan pasaran yang agak tinggi, dan kini perlu bersaing dengan syarikat-syarikat seperti Disney yang juga mempunyai capaian global.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo