NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MySejahtera padam data daftar masuk lokasi selepas 90 Hari - KJ


Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia hari ini berkongsi lanjut berkenaan dengan penggunaan aplikasi MySejahtera. Salah satu perkara yang disentuh adalah termasuk berkenaan dengan pengurusan data.

Menurut beliau, data-data daftar masuk lokasi yang dikumpulkan melalui aplikasi MySejahtera dipadam selepas 90 hari. Disamping itu, sekiranya pengguna memilih untuk memadam profil MySejahtera, ia juga akan dipadamkan terus dari pelayan.

Seperti ramai sedia maklum, MySejahtera digunakan untuk pemantauan kontak rapat – dan pengguna perlu mengimbas kod QR MySejahtera apabila memasuki ke sesuatu premis. Data daftar masuk lokasi berkenaan disimpan untuk rujukan pengesanan kontak, dan dipadam sepenuhnya selepas tempoh 90 hari.

Pada masa yang sama, beliau turut menekankan yang mana data untuk aplikasi MySejahtera disimpan pada pelayan yang terletak di dalam negara.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo