NOTIS:

Belum ada lagi....

2 penduduk, seorang petugas kontraktor Air Selangor masih tertimbus

0
Anggota penyelamat mencari mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD

AMPANG JAYA: Pasukan penyelamat percaya tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang, di sini.

Justeru, usaha mengesan tiga mangsa berkenaan membabitakn dua penduduk rumah teres dua tingkat di lokasi kejadian serta seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor, sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan secara berterusan membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota JBPM Selangor, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota Rela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

"Kami turut menyarankan penduduk di kawasan berhampiran lokasi kejadian untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Taman Mega Jaya, demi keselamatan mereka," katanya kepada media di sini , sebentar tadi.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo