NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tundukkan Al Hilal, Lukaku bawa Chelsea ke final

Lukaku (kanan) menjaringkan gol ketika aksi separuh akhir menentang Al Hilal di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, UAE. - REUTERS

ABU DHABI: Romelu Lukaku meledak gol penting ketika Chelsea menewaskan kelab Arab Saudi, Al Hilal 1-0 awal pagi tadi untuk mara ke final Piala Dunia Kelab berdepan juara Amerika Selatan, Palmeiras.

Lukaku yang ditandatangani dengan rekod perpindahan tertinggi kelab gagal menemui gawang dalam lima perlawanan sebelum tiba di Abu Dhabi dan The Blues mengharapkan pemain berusia 28 tahun itu menemui sentuhan terbaiknya pada babak kedua musim ini.

Pemain antarabangsa Belgium itu meledak dari jarak dekat pada minit ke-32 selepas kesilapan pertahanan yang membawa Chelsea ke aksi final Sabtu ini, yang kedua dalam tiga tahun antara pasukan England dan Brazil.

"Semua orang gembira selepas Romelu menjaringkan gol," kata penolong pengurus Chelsea, Zsolt Low, yang mengisi kekosongan Thomas Tuchel yang positif COVID-19. "Dia bekerja keras dan mencuba sedaya upaya dalam perlawanan terakhir. Kerana itu kami memberikannya peluang sepanjang masa, dari satu perlawanan ke satu perlawanan, kami harap dia mendapat sedikit tuah untuk menjaringkan gol.

Reaksi penyerang Chelsea, Romelu Lukaku selepas meledak gol ketika menentang kelab Arab Saudi, Al-Hilal. - Foto AFP

"Dia menjaringkan gol hari ini dan kami sangat gembira, dia sangat gembira dan kami harap dia akan meneruskannya dan akan meledak lagi pada final."

Chelsea boleh menyertai Manchester United dan Liverpool sebagai pasukan England ketiga menang Piala Dunia Kelab selepas bergelar naib juara kepada Corinthians pada penampilan pertama 2012.

Mereka juga mungkin mendapat khidmat Tuchel hujung minggu ini selepas pengendali Jerman itu masih berharap keputusan ujiannya akan negatif.

Low berkata Tuchel masih berhubung dengan pasukan pada babak pertama, memberitahu pemainnya supaya bertenang.

"Kami kekurangan rentak tetapi pemain bertarung dengan baik untuk menang perlawanan dan mara ke final," kata Low. - AFP

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo