NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peter umum parti KDM

PARTI BAHARU: Peter menunjukkan dokumen sah penubuhan parti KDM.


KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan parti baharu dikenali Kesejahtetaan Demokratik Masyarakat (KDM).

Peter yang dilantik menjadi presiden parti berkenaan berkata parti baharu itu mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Pendaftaran (RoS) pada 18 Feb lepas.

"Mesyuarat pertama akan diadakan pada 13 Mac depan sekali gus melantik ahli jawatankuasa parti," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim yang telah dilantik sebagai timbalan presiden parti baharu berkenaan.

Peter berkata langkah pertama yang akan dibuat parti berkenaan adalah membuat permohonan untuk bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini menerajui kerajaan Sabah.

"Sebagai parti kerdil kita perlu bekerjasama dalam memajukan Sabah...sudah tiba masanya parti politik di Sabah bergabung agar kerajaan kita kuat seperti apa yang berlaku di Sarawak," katanya.

Peter dan Juil telah mengumumkan keluar daripada Warisan pada 27 Disember tahun lepas kerana percaya perjuangan WARISAN tersasar dari landasan awal.
-- BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo