NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NASA berkongsi imej awan planet Marikh

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini mendedahkan imej awan yang dirakamkan kenderaan robotik Curiosity di lokasi penjelajahannya di planet Marikh.

Menurut NASA, bukan satu tugas yang mudah bagi kenderaan tersebut untuk merakamkan imej awan itu.

Ini kerana kamera Curiosity tidak direka untuk merakamkan awan tersebut

Sebaliknya, kamera kenderaan itu digunakan untuk tujuan merakamkan imej batuan di Marikh dan landskap dalam misinya untuk mencari tanda-tanda kuno kehidupan di planet tersebut.

Bagaimanapun, ia berjaya merakamkan imej tersebut yang menunjukkan awan yang kelihatan sangat samar sehinggakan NASA terpaksa menggunakan teknik pengimejan khas untuk melihatnya selain menghasilkan dua klip rakaman itu.

Kenderaan robotik itu merakamkan imej awan tersebut pada 12 Disember 2021 tetapi NASA hanya mendedahkannya kepada umum baru-baru ini.

Sumber | SH 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo