NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Makan sisa makanan daripada tong sampah, Dua beradik warga Myammar maut

Dua beradik warga Myanmar berusia dua dan empat tahun yang dipercayai maut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi dihantar ke Hospital Sultanah Maliha. NSTP/IHSAN POLIS

LANGKAWI: Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, di sini, petang ini.

Mangsa dikenali sebagai Nizambudin, empat tahun, dan adiknya, Ngei Jamaludin, dua tahun, dilaporkan meninggal dunia berhampiran tempat kejadian pada jam 5.40 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.15 petang.

"Siasatan mendapati bapa kanak-kanak itu melihat kedua-duanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum membawa kedua-duanya ke rumah jiran berdekatan.

"Beberapa minit selepas itu, dua kanak-kanak itu dapati tidak bernafas sebelum penduduk kampung menghubungi pihak polis," katanya dalam kenyataan di sini.

Shariman berkata, bapa kanak-kanak itu bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung, selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

"Siasatan awal mendapati, kanak-kanak yang meninggal dunia ini dipercayai memakan sisa makanan diperoleh dalam tong sampah iaitu kawasan mereka ditemui.

"Pengesahan kematian dibuat oleh petugas perubatan dan kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo