NOTIS:

Belum ada lagi....

COVID-19: Kes harian tertinggi sejak 120 hari Lepas.

0
SHAH ALAM - Penularan kes Covid-19 semakin meningkat dengan kes baharu direkodkan di negara ini kembali melonjak menghampiri 10,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 9,117 kes harian Covid-19 dicatat pada Sabtu berbanding 7,234 pada Jumaat.

Ia sekali gus merekodkan angka tertinggi tahun ini malah juga dalam tempoh lebih tiga bulan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 berjumlah 2,904,131.

“Selangor mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 2,490 kes, diikuti Sabah (1,205), Johor (901), Kedah (847), Kelantan (673), Kuala Lumpur (584), Pulau Pinang (522), Pahang (470), Negeri Sembilan (416), Melaka (395), Perak (231), Terengganu (123), Putrajaya (115), Perlis (88) dan Labuan (15).

“Peningkatan kes harian Covid-19 terus meningkat seperti yang diramalkan dalam beberapa hari dan minggu akan datang.

Semalam 99 peratus kes adalah dalam kategori 1 dan 2.

Apa yang lebih penting adalah, sila dapatkan dos penggalak anda segera” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kes harian Covid-19 yang dicatatkan pada Jumaat adalah 7,234 kes, manakala 5,720 kes pada 3 Februari, 5,736 kes (2 Februari) dan 5,566 kes (1 Februari).

Apa sebenarnya yang menjejaskan kita
Gelombang ketiga Covid-19 boleh berlaku
Kali terakhir bilangan jangkitan baharu tertinggi direkodkan adalah pada 16 Oktober tahun lepas dengan 7,509 kes.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada 9,117 kes harian yang dilaporkan pada Sabtu, 47 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 9,070 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes sembuh pula adalah sebanyak 6,546 kes manakala bagi kes import, 134 kes dilaporkan dengan 37.3 peratus atau 50 orang melibatkan warganegara manakala 62.7 peratus atau 84 kes bukan warganegara.

“Bagi kes tempatan pula sebanyak 8,983 kes iaitu melibatkan 8,715 warganegara (97.0 peratus) dan 268 bukan warganegara (3 peratus),” ujar beliau.

Tambahnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 123 kes dengan 81 kes disahkan Covid-19 manakala 42 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Sebanyak 67 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 34 disahkan Covid-19 dan 33 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Katanya,10 kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya 6,488.

"Sebanyak 6,135 kluster daripada jumlah itu telah tamat dan 353 masih aktif," katanya.

Sumber |  SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo