NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Unifi TV Tawar Akses Ke Semua Saluran, Bermula 14 Januari Sehingga 12 Februari 2022


Telekom Malaysia hari ini mengumumkan mereka akan menawarkan akses ke semua saluran di Unifi TV tanpa kos tambahan bermula 14 Januari 2022 sehingga 12 Februari 2022.

Selain itu, untuk pelanggan pek Ultimate, Unifi TV akan memberikan satu baucar untuk filem On Demand. Baucar berkenaan akan dihantar ke nombor telefon berdaftar bermula 14 Januari 2022 ini.

Sebelum ini, semalam Unifi TV menghadapi masalah untuk diakses, disebabkan oleh kebakaran. Ini membuatkan pelanggan Unifi TV di seluruh negara tidak dapat mengakses perkhidmatan berkenaan.

Pemberian akses percuma ini dilihat sebagai tanda minta maaf, dan ganti kepada rebat daripada pihak TM untuk pelanggan Unifi TV.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo