NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Razer Zephyr Pro, Pelitup Muka Dilengkapi Speaker Dan Mikrofon Untuk Kuatkan Suara


Razer sedia menawarkan pelitup muka mereka tersendiri, dinamakan Razer Zephyr, dimana ia hadir dengan rekaan unik, termasuk dilengkapi pencahayaan RGB.

Ketika pengenalannya, ramai inginkan sebuah ciri khas, iaitu melantangkan atau menguatkan suara. Hal ini kerana ketika memakai pelitup muka, suara ketika kita bercakap kadang-kala sukar didengari.

Untuk menyelesaikan perkara berkenaan, kini Razer memperkenalkan Razer Zephyr Pro.

Razer Zephyr Pro hadir dengan pencahayaan lampu RGB, selain turut dilengkapi speaker dan mikrofon dalamnya untuk memastikan suara anda menjadi lantang ketika memakainya – membolehkan orang luar mendengar suara anda dengan jelas. Razer mengatakan ia boleh menjadikan suara lantang sehingga 60dB pada jarak 1 meter. 

Selain itu, ciri pengudaraan dan sebagainya turut disertakan pada pelitup muka ini.

Razer mengatakan ia bakal ditawarkan pada harga $150, yang turut hadir dengan 10 penapis.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo