NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penganjur himpunan #TangkapAzamBaki dikehendaki polis


KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki di Jalan Bangsar, di sini, untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata ketika ini, pihaknya masih mengenal pasti penganjur perhimpunan berkenaan untuk tindakan susulan.

"Kita juga mendapati tiada insiden tidak diingini ketika himpunan itu. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit aktiviti yang dikhuatiri menyebabkan penularan COVID-19," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media melaporkan ratusan individu berbaju hitam dipercayai peserta perhimpunan #TangkapAzamBaki berkumpul di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini, jam 11 pagi.

Mereka kemudian berarak sejauh 600 meter dari Jalan Bangsar menghala persimpangan lampu isyarat ke Brickfields sambil melaungkan pelbagai slogan dan menyanyi menggunakan sistem pembesar suara, diiringi paluan gendang.

Pada peringkat awal perarakan, peserta himpunan dilihat gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal, sebelum pihak penganjur mengingatkan peserta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 itu.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo