NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemindahkan dua ginjal khinzir ke dalam tubuh manusia berjaya


Sains xenotransplan maju dua tapak dalam masa enam bulan degan kejayaan memindahkan ginjal dan jantung khinzir ke tubuh penerima manusia. Teknik menggantikan organ manusia dengan khinzir dilihat sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan organ sehingga ada pesakit yang meninggal dunia sebelum organ yang sesuai ditemui. Di Alabama, Jim Parsons menjadi manusia pertama menerima dua ginjal khinzir secara serentak.

Pemindahan organ dilakukan September tahun lalu ke atas Parsons yang disahkan mati otak selepas terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal. Ahli keluarga beliau membenarkan doktor dari University of Alabama untuk menggantikan dua ginjal beliau dengan ginjal khinzir yang telah diubah genetiknya supaya boleh digunakan oleh manusia.


Organ disambungkan ke dalam tubuh Parsons sama seperti pemindahan ginjal manusia sebenar dan ia befungsi secara normal selama 77 jam. Darah dibersihkan dan tubuh menghasilkan air kencing seperti normal. Penerima hanya diberikan ubat anti penolakan organ mengikut prosedur pemindahan organ standard. Selepas tempoh tersebut ginjal ditanggalkan semula dan Parsons meninggal dunia.

Dengan kejayaan ini, impian menggunakan organ khinzir sebagai ganti organ manusia yang memerlukan semakin hampir menjadi realiti.

Kajian telah diterbitkan di American Journal of Transplant

Sumber| Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo