NOTIS:

Belum ada lagi....

PAS bersedia hadapi PRN Johor - Abdul Hadi

0
MARANG: Pas sedia berdepan Pilihan Raya Negeri, PRN Johor sekiranya diadakan dalam masa terdekat.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata setakat ini pihaknya belum mengadakan sebarang perbincangan berkenaan perkara tersebut.

Menurut Abdul Hadi ketika ini pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor belum berlaku dan ia hanya sekadar satu khabar angin.

“Nanti dia bubar dulu baru kita (baru buat) keputusan, akan diambil, dan Pas akan bertanding. Sarawak pun kita bertanding, Johor ini dekat, lagi Sarawak kita bertanding.

“Pas akan bertanding, macam mana cara bertanding itu akan kita lihat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, pada Jumaat.

Terdahulu khabar angin bahawa Kerajaan Negeri Johor akan mengadakan PRN dalam masa terdekat akan terus menjadi khabar angin dan tanda tanya.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung isu PRN.

Hasni berkata, majoriti tipis hanya dengan satu kerusi masih menjadi elemen utama yang dilihat kerajaan negerisebelum memutuskan sebarang kemungkinan berlakunya pembubaran DUN berkenaan.

- Awani

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo