NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia catat 3,198 kes positif baharu COVID-19 hari ini


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan sebanyak 3,198 kes positif baharu COVID-19, menyumbang kepada 2,795,233 kes kumulatif, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,895 kes adalah penularan tempatan iaitu 2,753 kes atau 95.1 peratus adalah warganegara dan 142 atau 4.9 peratus, bukan warganegara.

Beliau berkata, sebanyak 303 kes import membabit 224 warganegara dan 79 warga asing.

"Daripada 3,198 kes harian yang dilaporkan hari ini, 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,159 kes (98.8 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

"Sebanyak 215 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 105 pesakit COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut mengesan lapan kluster baharu jangkitan, menjadikan 6,184 kluster COVID-19 setakat ini dengan 6,005 kluster sudah ditamatkan dan 179 kluster masih aktif.

Beliau berkata, kementerian itu merekodkan 3,200 kes sembuh menyumbang kepada sejumlah 2,723,599 kes kumulatif atau 97.4 peratus kes yang pulih daripada jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kes positif baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, sama ada yang berada di rumah mahupun yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) mahupun kluster jangkitan baharu.

Bagaimanapun, katanya, sebanyak 13 kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, iaitu 12 Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) dan satu kes Acute Gastroenteritis (AGE).

TERKINI COVID-19

12 JANUARI 2022

KES BAHARU : 3,198

KES POSITIF KESELURUHAN : 2,795,233

KES SEMBUH : 3,200

KES TEMPATAN : 2,895

KES IMPORT : 303

KES YANG MEMERLUKAN RAWATAN ICU : 215

KES MEMERLUKAN BANTUAN PERNAFASAN : 105

JUMLAH KLUSTERBAHARU : 8

JUMLAH KLUSTER AKTIF : 179


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo