NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lee Zii Jia hantar surat rayuan kepada BAM


KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan pada Isnin.
Ia susulan tindakan BAM yang menggantung Zii Jia dari menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.
BAM dalam satu kenyataan media pada Isnin berkata, badan induk itu akan meneliti perkara berkenaan secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Dalam sejarah badan induk kami, semua pemain mempunyai hak untuk merayu keputusan yang dibuat oleh Majlis dan BAM mengambil kira rayuan ini untuk bertindak sewajarnya.
“Justeru, BAM juga mengesahkan bahawa kami telah menerima surat rayuan daripada Lee Zii Jia hari ini (Isnin).
“Sebagai pihak yang melindungi kepentingan badminton negara, kami sedang meneliti perkara itu dengan mencari penyelesaian terbaik,” jelas BAM.

Dalam kenyataan yang sama, BAM turut menegaskan ia menyedari kemelut yang melanda ketika ini memberi impak yang mendalam bukan sahaja kepada komuniti badminton tetapi kepada rakyat Malaysia.
Jelas BAM, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, mereka mempunyai proses yang mesti dipatuhi dan setiap tindakan adalah berdasarkan prosedur rasmi berdasarkan maklumat yang disampaikan.
“BAM ditubuhkan untuk melindungi bukan saja sukan itu sendiri tetapi pemain, nilai dan standard terbaik bagi mewakili negara tercinta,” kata BAM.
Sumber | Astro Awani 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo