China Bakal Perkenalkan Rantaian-Blok Khusus Bagi Menyokong NFT


China sedia menghalang penggunaan kriptowang. Namun, mereka masih dilihat menyokong teknologi rantaian-blok. Dengan perkembangan industri NFT di seluruh dunia, kini China merancang memperkenalkan infrastruktur rantaian-blok tersendiri untuk menyokong NFT.

Rantaian-blok ini tidak akan terikat kepada kriptowang. China akan menyediakan infrastruktur berkenaaan, sekaligus membolehkan perniagaan dan individu untuk membangunkan aplikasi, permainan dan sebagainya di atas rantaian-blok berkenaan.

China dilihat akan mengikat ia untuk menggunakan Yuan untuk pembelian.

Rantaian-blok China ini akan dikenali sebagai BSN-DDC (Blockchain Services Network – Distributed Digital Certificate) akan menyokong sejumlah teknologi rantaian, termasuk adaptasi Ethereum, Corda dan beberapa yang lain. Ia akan mengintegrasikan sehingga 10 rantaian padanya.

Walaupun pada hari ini, ramai yang menggunakannya untuk karya digital, namun, di China mereka melihat lebih daripadanya, termasuk untuk pengurusan sijil pembelajaran, pengurusan nombor plat kenderaan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, melalui pengurusan kenderaan menggunakan NFT, ia boleh memudahkan pemilik kenderaan, kerajaan, dan syarikat insuran mengakses data seperti nombor enjin, sejarah baik-pulih, jarak pemanduan dan sebagainya.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo