NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1720 Mesin Bitcoin dirampas, Polis Tumpaskan Kegiatan Melombong Bitcoin Di Perak



Polis kini berjaya menumpaskan kegiatan melombong Bitcoin secara haram di Perak, melibatkan rampasan sebanyak 1720 mesin melombong Bitcoin.

Setiap mesin ini dianggar bernilai sekitar RM2,000 setiap satu, sekaligus menjadikan nilai rampasan bersama barangan lain bernilai kira-kira RM3.5 juta. Selain mesin melombong Bitcoin, sebuah kenderaan Hilux, 15 unit monitor dan 22 unit CPU turut dirampas.

Operasi melombong secara haram ini dikatakan dilakukan di 30 premis rumah kedai. Kegiatan melombong secara haram ini juga dilihat mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad kerugian sebanyak RM2 juta disebabkan turut menggunakan bekalan elektrik secara haram.

PDRM Perak mengatakan akan terus mempertingkatkan usaha dalam menjalankan operasi dan serbuan, serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam membendung kegiatan kecurian arus elektrik.

--AMANZ


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo