NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Secara berperingkat, Plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka semula



KUALA LUMPUR: Plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam kini dibuka semula secara berperingkat kepada semua pengguna lebuh raya itu.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata PLUS kini menjalankan kerja pembersihan, pengalihan kenderaan yang terkandas, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan ke atas aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak disebabkan banjir.

"Laluan yang terjejas kini telah dibuka secara berperingkat. Namun, kami menasihati pelanggan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran kerana masih ada beberapa bahagian jalan ditakungi air banjir.

"PLUS bersyukur dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi berkaitan serta orang perseorangan yang terbabit dalam misi menyelamat dan memindahkan pelanggan lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesabaran semua pihak terutama pengguna dan pelanggan PLUS membantu memastikan keselamatan serta keselesaan semua kekal menjadi keutamaan pihaknya.

"Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan untuk menyemak status banjir semasa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

"Pelanggan juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di laman web PLUS, www.plus.com.my dan platform media sosial termasuk Facebook PLUS Malaysia dan Twitter PLUSTrafik serta PLUS App," katanya. -BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo