NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenyataan WARISAN hanya untuk memperlekehkan usaha PH - Mustapha Sakmud

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) keadilan Sabah, Mustapha Sakmud


KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah Mustapha Sakmud membidas kenyataan provokasi pemimpim WARISAN.

Beliau berkata, ucapan Timbalan Presiden WARISAN Datuk Darrel Leiking yang dipetik oleh Malaysiakini pada 11 Disember 2021 dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan WARISAN Datuk Awang Ahmad Sah Sahari di berita Borneo Today pada 16 Disember 2021 yang membidas Kenyataan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) adalah berbaur provokasi yang hanya ingin membuka ruang polemik politik yang melemahkan kesepakatan Pembangkang yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH).

"Kenyataan-kenyataan tersebut hanya ingin memperlekehkan usaha PH yang menjadi nadi harapan rakyat dalam memastikan kestabilan politik negara reda agar semua pihak dapat menumpukan usaha untuk memulihkan ekonomi negara serta memastikan kehidupan sosio ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan dalam mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19.

"Kita menghormati pendirian Pimpinan dan ahli-ahli Parlimen WARISAN yang tidak mahu terlibat secara langsung menandatangani MoU di antara kerajaan Pusat dan PH," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pimpinan PH tidak pernah mengasak atau mengejek pemimpin-pemimpin WARISAN kerana tidak turut sama menandatangani MoU tersebut.

Menurutnya, pendekatan yang sama dibuat di peringkat negeri apabila PH Sabah mengemukakan Agenda Reformasi Sabah kepada Kerajaan GRS. 

"Kita bersemuka dengan Pimpinan utama WARISAN dan menerangkan dengan jelas justifikasi cadangan tersebut dan memohon pertimbangan wajar. 

"Kita menghormati pandangan pimpinan WARISAN untuk tidak mahu terlibat dan PH Sabah meneruskan misi mengangkat Agenda Reformasi Sabah kepada Ketua Menteri," katanya.

Katanya, PH Sabah ingin mengingatkan WARISAN bahawa Kerjasama Politik diperingkat negeri dan negara adalah kunci untuk meneruskan agenda Reformasi dan Perubahan yang menjadi harapan rakyat negara ini. -Utusan Borneo Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo