NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekurangan cip berlarutan sehingga 2023 - Ceo Intel



Intel merupakan salah satu pengeluar cip pemprosesan terkemuka, dan telah pun menyatakan hasrat melabur sehingga RM30 bilion di Malaysia dalam pembangunan beberapa fasiliti baharu.

Selari dengannya juga, CEO Intel menyatakan yang mana masalah bekalan cip yang dialami kini mungkin berlarutan sehingga 2023 kelak.

Pelbagai syarikat pengeluar cip telah mula meningkatkan kapasiti mereka, disamping membangunkan beberapa fasiliti baharu dalam menampung permintaan pengeluar.

Selain itu, pada masa yang sama, pelbagai syarikat kini memerlukan penggunaan cip pemprosesan untuk beroperasi, membuatkan bekalan untuknya menjadi terhad.

Apa pun, bermula tahun 2022 kelak, ia dijangka menjadi reda, dan selesai sepenuhnya menjelang 2023 kelak. Sebelum ini, masalah kekurangan bekalang terjadi disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang memerlukan kilang hentikan operasi sementara. -AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo