NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gambar tidak mengeluarkan bau, kolam kumbahan Sungai Petani menjadi tarikan awam

Kiambang yang sedang berbunga memenuhi permukaan kolam kumbahan membentuk pemandangan indah hingga jadi tarikan orang ramai bergambar kenangan di Jalan Bakar Bakar Sampah, Paya Nahu, Sungai Petani


SUNGAI PETANI: Bau busuk nyata tidak menghalang orang ramai daripada untuk mengabadikan foto dengan pemandangan indah 'lautan' kiambang yang memenuhi loji kumbahan Jalan Bakar Sampah dekat Paya Nahu, di sini.

Rata-rata pengunjung dilihat sanggup menahan nafas, demi mendapatkan gambar menarik dikelilingi bunga yang tumbuh di permukaan kolam.

Difahamkan, kiambang tumbuh sejak beberapa tahun lalu namun kali ini ia meliputi hampir keseluruhan permukaan kolam sekaligus menyerlahkan pemandangan yang indah.

Ditambah dengan kawanan burung berterbangan di kawasan sekitar, ia menjadi pilihan penggemar fotografi untuk merakam gambar kenangan buat mereka.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, dia bersama rakan mengambil kesempatan ke kolam terbabit selepas kerja untuk merakam foto kenangan kerana melihat lokasi itu tular di media sosial.

"Bila berada di lokasi ini, saya lihat pemandangannya sangat cantik namun untuk mengambil gambar perlu menahan nafas kerana bau yang sangat busuk.

"Memang banyak komen di media sosial mengatakan bau busuk di kawasan itu namun melihatkan keindahannya di depan mata saya pasti ramai akan terpesona dan akan mengabdikan gambar kenangan," katanya.

Berikutan semakin menjadi tumpuan pengunjung yang membanjiri kawasan itu, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) memasang pita keselamatan sementara bagi menghalang orang ramai daripada memasuki jambatan konkrit menuju injap pintu kolam.

Langkah itu diambil bagi mengelak sebarang perkara buruk yang kemungkinan menimpa orang ramai ketika mengambil gambar.

Bagaimanapun, ia dilihat tidak menjadi penghalang buat segelintir pengunjung yang masih bergambar di atas jambatan terbabit kerana pemandangannya yang indah.

Lokasi loji kumbahan itu tular di media sosial baru-baru ini selepas orang ramai dilihat sanggup menahan nafas daripada menghidu bau busuk semata-mata mahu mengabdikan foto dengan pemandangan indah kiambang yang tumbuh di permukaan kolam. -BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo