NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada yang mustahil buat Melaka United di Cheras



MELAKA United FC mengakui bukan tugas mudah untuk menumbangkan Kuala Lumpur City FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin namun ia bukanlah satu yang mustahil untuk dilakukan.

Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berkata, justeru pasukannya perlu menggunakan segala kelebihan dimiliki untuk menyerap tekanan skuad Warga Kota selain sekurang-kurangnya perlu menjaringkan gol pada perlawanan tersebut supaya dapat membawa bekalan selesa pada perlawanan timbal balik di Melaka.

Saya lihat KL mempunyai banyak kelebihan pada separuh akhir pertama ini berdasarkan rekod kebal di lama sendiri dan juga ada pemain-pemain yang hebat dan dijangka akan bagi saingan sengit kepada kami.

“Meskipun susah untuk tumbangkan mereka, tapi ia tidak mustahil kerana kita juga ada kelebihan yang tersendiri.

“Jadi saya harap pasukan boleh guna kelebihan yang ada pada perlawanan ini dan kalau boleh kita mesti dapatkan gol pada perlawanan ini supaya kita boleh selesa bertemu mereka di Melaka,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Ahad.

Untuk rekod, The Hawks mempunyai rekod yang baik di laman sendiri musim ini apabila berjaya mencatatkan 20 perlawanan tanpa kalah. SINAR HARIAN



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo