NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sarawak: Kerjasama telco diperlukan bagi jayakan kempen dalam talian



MELAKA, 14 Nov -- Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat memerlukan kerjasama dari syarikat telekomunikasi (telco), bagi menjayakan kempen secara dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia bagi memberikan peluang kepada semua pihak untuk berkempen secara dalam talian, seperti yang dilaksanakan pada PRN Melaka ketika ini.

“Jadi untuk tujuan pilihan raya, kerana kita menjangkakan mungkin pilihan raya akan berlaku sedikit masa lagi sekitar bulan Disember, jadi langkah sementara ini penting.


“Jadi sekali lagi kita perlukan kerjasama telco untuk pergi ke kawasan-kawasan yang kurang daya komersial, kerana jumlah penduduk tidak tinggi tapi dalam konteks pilihan raya, semua kawasan perlu diberikan peluang supaya program berkempen secara dalam talian dapat dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata tidak seperti penggunaan internet di Melaka yang disebabkan tiga faktor iaitu pelancongan, persekolahan dan PRN, Sarawak sebaliknya tertumpu kepada soal masalah liputan khususnya di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai rangkaian perkhidmatan internet.

“Jadi di situ kita telah bersetuju untuk meningkatkan penggunaan jalur lebar satelit tetapi untuk pilihan raya, kita nak kena tengok secara lebih terperinci kawasan mana dan apa masalah...dan saya akan ke sana minggu hadapan.


“Kita akan tengok bagi memastikan semua pusat-pusat, terutama sekali pusat mengundi kita kena pastikan kita ada kemudahan perkhidmatan internet. Ini supaya kita dapat membuat liputan daripada semua kawasan mengundi, tetapi kalau nak untuk kesemua kampung itu belum (lagi).

“Kerana di sana di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA), kita baru keluarkan surat-surat bagi kerja-kerja untuk JENDELA fasa 1 dan fasa 2, fasa satu yang mana memerlukan 600 lebih menara dipasang di seluruh Sarawak, dan itu memakan sedikit masa,” katanya.

Satu mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan urusan PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 Nov di Kuching, Sarawak.

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2023062


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo