NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sarawak: BERSATU Sarawak akur keputusan Presiden, akan bantu GPS



KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak akur dengan keputusan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, berkata pihaknya juga menyokong penuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan gabungan berkenaan memperoleh kemenangan pada PRN itu.

"Ahli-Ahli BERSATU Sarawak akan turun membantu kempen serta menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan GPS mencapai kemenangan besar dan cemerlang pada PRN Sarawak kali ini.

"Kita memberi kepercayaan kepada Abang Johari untuk membawa kemenangan dan sekali gus mempertahan kerajaan negeri pimpinan GPS," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin hari ini mengumumkan BERSATU tidak akan bertanding pada PRN Sarawak yang berlangsung pada bulan depan.

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata keputusan berkenaan dibuat selepas sesi perbincangan bersama Abang Johari, baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Disember, pengundian awal pada 14 Disember dan pengundian pada 18 Disember. – BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo