NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih ramai dijangkiti Omicron di Belanda, dua kes dikesan di Australia




AMSTERDAM – Kerajaan Belanda mengesahkan bahawa 13 orang yang tiba di ibu kota negara ini dalam dua penerbangan dari Afrika Selatan pada Jumaat lalu dikesan dijangkiti Covid-19 varian Omicron.

Mereka merupakan antara 61 penumpang yang disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan Belanda Hugo de Jonge tidak menyangka terdapat lebih banyak kes Omicron di Belanda,” kata beliau kepada media, lapor BBC.

Penumpang yang didapati positif Covid-19 telah di kuarantin di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang Schiphol Amsterdam.

Perkembangan ini berlaku ketika pihak kerajaan mengenakan sekatan yang lebih ketat untuk mengekang jangkitan termasuk waktu operasi yang lebih pendek bagi industri hospitaliti dan kebudayaan selain kebenaran untuk berkumpul di rumah-rumah dihadkan.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Pihak berkuasa kesihatan Australia telah mengesan jangkitan pertama varian baharu COVID-19, Omicron pada dua penumpang yang menjalani ujian saringan selepas tiba di Sydney dari selatan Afrika.

Pihak berkuasa kesihatan New South Wales (NSW) berkata pihaknya segera menjalankan ujian genomik dan mengesahkan strain baharu itu terdapat pada dua individu yang mendarat di Sydney semalam.

Kedua-dua penumpang itu datang dari selatan Afrika dan tiba di Australia menerusi penerbangan Qatar Airways melalui Doha.

Omicron pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) oleh Afrika Selatan pada hari Rabu, dan bukti awal menunjukkan ia mempunyai risiko jangkitan semula yang lebih tinggi. Ia telah dikategorikan oleh WHO sebagai “varian kebimbangan”.

Kes varian baharu juga telah disahkan di UK, Jerman, Itali, Belgium, Botswana, Israel dan Hong Kong. – BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo