NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAM Semporna komited anjur kempen derma darah



oleh: Hamzah Sanudin


SEMPORNA: Jabatan Amal Malaysia (JAM) komited menganjurkan kempen derma darah bagi membantu Unit Tabung Darah Hospital Semporna, di sini.

Komandernya, Razis Asparin berkata kempen tersebut akan dilakukan setiap tiga bulan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital tersebut.

“Kami sangat bersyukur kerana masyarakat menyambut baik kempen tersebut dan sentiasa memberikan kerjasama dalam program yang dianjurkan oleh JAM dan Hospital Semporna.

“JAM dan Hospital Semporna kerap berkolaboratif dalam menganjurkan program-program yang melibatkan masyarakat di daerah ini,” katanya.

Menurutnya, JAM Semporna akan sentiasa membantu pihak hospital sekiranya diperlukan termasuklah menjadi sukarelawan.

“Kami juga sangat berterima kasih kepada pihak hospital kerana selalu memberikan kepercayaan dalam misi bantuan dan kemanusian.

“Saya berharap hubungan baik ini akan diteruskan dalam program-program yang akan datang,” katanya.

Sementara itu Penyelia Unit Tabung Darah Hospital Semporna, Devianah Maidum berkata inisiatif yang ditunjukkan oleh JAM sangat dihargai dan banyak membantu kelancaran operasi hospital.

“Dengan adanya kempen yang dianjurkan itu dapat membantu masalah kekurangan bekalan darah di Hospital Semporna.

“Kami mengharapkan lebih ramai yang prihatin dan konsisten untuk menderma darah supaya banyak yang akan menerima manfaatnya,” katanya.

Katanya, usaha dan matlamat untuk membekalkan darah secukupnya untuk kegunaan pesakit tidak akan berjaya tanpa sokongan seluruh warga Semporna.

“Kami mengharapkan agar masyarakat bersama-sama tampil menyokong kempen derma darah yang dianjurkan oleh mana-mana jabatan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini,” katanya.





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo