NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Melaka sedia hadapi PRN




MELAKA: PAS Melaka bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti mengenal pasti calon serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, jentera pilihan raya parti juga akan digerakkan apabila tiba waktunya.

"Kita sekarang melihat syarat kempen yang bakal digariskan SPR. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Insya-Allah PAS akan beri kerjasama menjalankan PRN berkenaan," katanya kepada BH, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PAS bertanding di 23 daripada 28 kerusi DUN tetapi tewas di semua kerusi ditandingi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini hari mengundi PRN Melaka dengan menetapkan 8 November sebagai hari penamaan calon, manakala tarikh mengundi awal pada 16 November.

Tempoh berkempen pula selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan kepada kerajaan negeri.

PRN terbabit juga pertama kali diadakan di Semenanjung secara 'bersendirian' dan bukan ketika pilihan raya umum (PRU).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/877360/pas-melaka-sedia-hadapi-prn


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo