NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS boleh jadi penentu dalam PRN Melaka


oleh: DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

SUKAR untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan dan membuang terus PAS dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka.

Sedangkan jika diteliti kepada keputusan kerusi DUN Melaka dalam PRU14 PAS mampu menjadi penentu yang mengubah situasi.
Advertisement

Sepertimana yang kita semua tahu, dalam PRU14, PH hanya menang 15 kerusi manakala BN pula menang 13 kerusi di DUN Melaka.

Tetapi tahukah anda jika BN dan PAS bekerjasama dalam PRU14 lalu, PH sebenarnya hanya mampu menang 9 kerusi sahaja di DUN Melaka?

Ini kerana ada 6 daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PH dalam PRU14 lalu yang sebenarnya kalah oleh gabungan undi BN dan PAS.

6 kerusi ini ialah:

1. Kerusi N.07 Gadek yang dimenangi oleh calon PH-DAP, G. Saminathan, dengan 4,392 undi berbanding 5,950 undi yang diperolehi oleh calon BN-MIC, Panirchelvam A/L Pichamuthu (4,085 undi), dan calon PAS, Emransyah Bin Ismail (1,865 undi).

2. Kerusi N.09 Durian Tunggal yang dimenangi oleh calon PH-PAN, Sofi Wahab, dengan 5,213 undi berbanding 5,841 undi yang diperolehi oleh calon BN-Umno, Ab Wahab Bin Ab Latip (4,450 undi), dan calon PAS, Mohsin Ibrahim (1,391 undi).

3. Kerusi N.14 Kelebang yang dimenangi oleh calon PH-PKR, Gue Teck, dengan 7,648 undi berbanding 9,131 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Dato’ Lim Ban Hong (6,859 undi), dan calon PAS, Mohd Shafiq Ismail (2,272 undi).

4. Kerusi N.21 Duyong yang dimenangi oleh calon PH-DAP, Damian Baba Yeo, dengan 7,642 undi berbanding 7,685 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Lee Kiat Lee (4,747 undi), dan calon PAS, Ustaz Kamarudin Sedik (2,938 undi).

5. Kerusi N.23 Telok Mas yang dimenangi oleh calon BERSATU, Noor Effandi Ahmad, dengan 7,694 undi berbanding 9,570 undi yang diperolehi oleh calon BN-Umno, Dato’ Abdul Razak Bin Abdul Rahman (6,406 undi), dan calon PAS, Ustaz Rosazli Md Yasin (3,164 undi).

6. Kerusi N.24 Bemban yang dimenangi oleh calon PH-DAP, Dr. Wong Fort Pin, dengan 6,998 undi berbanding 8,415 undi yang diperolehi oleh calon BN-MCA, Dato’ Koh Chin Han (5,653 undi), dan calon PAS, Suhaimi Harun (2,762 undi).

Memang benar situasi dalam PRU14 mungkin agak berbeza dengan situasi sekarang, tetapi tidakkah anda mahu belajar dari kisah silam yang memeritkan?

Mengapa kita masih mahu memperjudikan nasib dan merisikokan diri sendiri sedangkan kita tahu keadaan pasti akan berubah dengan wujudnya perpaduan?




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo