NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika bicara ini





Jika bicara ini
Adalah makanan
Kau ambillah ia
Buat menghilangkan
Kelaparanmu 

Jika bicara ini 
Adalah air
Kau minumlah ia
Buat
Menghilangkan dahaga mu 

Jika bicara ini 
Pakaian
Kau ambillah ia
Buat menutup tubuhmu
Supaya
Tiada terpamer auratmu
Buat tontonan
Mata yang haram

Jika bicara ini 
Ubat
Kau makanlah ia 
Buat menghilangkan 
Derita sakitmu 

Jika bicara ini 
Kenderaan 
Kau ambillah ia 
Buat 
Memandumu 
Di perjalanan yang jauh 
Moga 
Perjalananmu selamat 
Ke kampung dunia dan akhirat 

Jika bicara itu 
Kalamullah 
Kau bacalah ia 
Kau renunglah Kalam nya 
Pasti 
Hatimu tenang dan damai 
Kerna ia 
Firman ilahi 
Buat panduan
Insan yang beriman dan bertakwa 

Jika bicara itu 
Mutiara kata Ulamak 
Kau dengarlah 
Kau hayatilah 
Kau renung-renungkanlah 
Kau fikir-fikirlah 
Kerana 
Setiap bicara itu 
Punya cahaya kebenaran
Kerana 
Setiap pesanan itu 
Bisa menjadi panduan 
Dalam hidupmu 
Agar
Kau dapat 
Mengutip 
Mutiara ilmu 
Buat melayari bahtera hidupmu 
Supaya tidak tenggelam 
Dalam lautan dunia yang bergelora 
Bersama tipu daya 
Syaitan dan nafsu amarah 
Yang tentu saja
Bisa menjadikan kau 
insan yang buta agama 
Hanyut 
Dalam maksiat dan kekejian 
Kerana 
Tiada panduan illahi
Tiada jua
Sabda junjungan 
Dan
Tiada lagi 
Nasihat dan wasiat iman 
Daripada seorang ulamak

Ust Md Ali Jamil 
Selasa 11.03 pagi 
19 Rabiul Awal 1443 
26 Oktober 2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo