NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gol luar biasa dari Salah

GOL mengagumkan dari Salah. -FOTO AFP

London: Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp berkata bahawa peminat akan mengingati gol yang dihasilkan Mo Salah ketika menentang Manchester City untuk satu tempoh 60 tahun.

"Jika Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi mereka katakan itu bertaraf dunia. Salah menjaringkan gol itu kerana dia bertaraf dunia."

Sukar untuk menjelaskan dengan kata-kata bertapa hebatnya gol yang diledakkan oleh Salah pada perlawanan semalam ketika mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Manchester City biarpun Klopp sudah melakukan yang terbaik.

Menerima bola dari sebelah kanan kotak dan dikelilingi oleh tiga pemain, menggelecek kiri dan kanan memperdaya Bernardo Silva sehingga pemain itu terjatuh sebelum Salah meluru melepas kawalan Aymeric Laporte dan kemudiannya merembat untuk menjaringkan gol yang tidak terjangkau oleh Ederson.

"Hanya pemain terbaik di dunia akan menjaringkan gol seperti ini," kata Klopp.

"Sentuhan pertama, cabaran pertama dia berjaya lepasi dan kemudian meletakkan gol di kaki kanan dan menamatkan situasi itu dengan sangat luar biasa.

"Kelab tidak akan melupakan jaringan itu dan orang akan bercakap mengenai gol berkenaan untuk satu tempoh yang panjang - 50 atau 60 tahun lagi dan mereka akan mengingati gol ini."

Salah meledakkan sembilan gol musim ini dalam semua pertandingan. Dia menjaringkan gol pada tujuh penampilannya yang lalu, menyamai rekod yang dilakukannya untuk Reds.

Dia sebenarnya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan kecuali satu perlawanan dalam musim ini.

"Ia luar biasa," kata kapten Liverpool Jordan Henderson. "Dua terus mengalahkan pemain lawan dan mematikan kawalan itu dengan gol."

Agensi/-


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo