NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM tidak boleh jadi jutawan , adakah TunM sedang bohong kepada rakyat ?

Dr Mahathir memberitahu, kebiasannya Perdana Menteri tidak memiliki kekayaan, dan sekiranya seseorang itu kaya, maka beliau perlu mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan. - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Rakyat berhak mendakwa Perdana Menteri yang menjadi jutawan selepas menjawat jawatan tersebut kerana memperoleh wang secara haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu, kebiasaannya Perdana Menteri tidak memiliki kekayaan, dan sekiranya seseorang itu kaya, maka beliau perlu mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan.

Oleh yang demikian katanya, segala kekayaan selepas menjawat jawatan nombor satu itu hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa.

"Bahkan awal-awal lagi dia dikenal sebagai orang kaya, sebagai jutawan. Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat,

"Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi PM (Perdana Menteri) menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram," katanya dalam blog Chedet di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu turut menjelaskan, juga menjadi satu kesalahan untuk menerima derma meskipun ianya dilakukan dengan ikhlas.
"Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah.

"Jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah. Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campur tangan dalam politik dalam negeri," jelasnya lagi.

- awani

Admin - TunM kata dia bukan millionair walaupun terbukti sejak jadi PM selama 22 tahun berjaya memiliki aset bernilai ratusan juta. Paling ketara  berjaya mem'billionair'kan anak-anak sendiri.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo