Responsive Ad Slot

Paralimpik: Abdul Latif raih pingat emas ketiga


KUALA LUMPUR: Atlet olahraga para dalam acara lompat jauh T20, Abdul Latif Romly menghadiahkan sebutir lagi pingat emas pada Sukan Palimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi.

Lompatan kedua dengan jarak 7.45m sudah memadai untuk beliau meraih pingat emas ketiga buat kontinjen negara, lapor laman web olympics.com.
Advertisement

Beliau yang merupakan pemegang rekod sukan Paralimpik dengan jarak 7.60m yang dicatatkan di Sukan Palimpik di Rio de Janeiro pada 11 Sept 2016 dan rekod dunia dengan catatan 7.64m yang dilakukan di Jakarta pada 9 Oktober 2018 tidak berjaya mengatasi kedua-dua catatan itu.

Athanasios Prodromou dari Greece mendapat pingat perak dengan lompatan 7.17m dan pingat gangsa diraih peserta dari Australia, Nicholas Hum dengan jarak 7.12m

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo