NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melayu akan bersatu menentang keputusan luluskan UEC – Nadia Aziz NAJM




KUALA LUMPUR, 10 September 2021 – “Saya percaya orang Melayu akan bersatu menentang keputusan kerajaan untuk meluluskan UEC,” tegas Pengasas NAJM, Nadia Aziz.


Ujarnya, impak UEC ini sama dengan impak sekolah vernakular iaitu memecah belahkan perpaduan dan menghalang anak-anak Cina untuk fasih berbahasa Melayu.

“Sekali lagi pencabulan ketara kepada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dilakukan,” kata Teraju Nilam NAJM ini lagi.

“Selepas UEC diiktiraf, besar kemungkinan akan berlaku kemorosotan bilangan pelajar bukan Melayu di sekolah kebangsaan kerana mereka tidak memerlukan kelulusan minima SPM untuk memohon pekerjaan atau masuk ke universiti lagi selepas ini.”

Ia juga akan menyebabkan ketidakadilan kerana peluang yang sama diberi kepada graduan UEC untuk menjawat jawatan dalam kerajaan juga swasta.

“Ekonomi yang masih dipegang oleh masyarakat Cina tidak menyukarkan perkara ini terlaksana apabila kelak mereka akan mengiklankan jawatan kosong dengan kelayakan UEC.”

Tegas peguam ini lagi, adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila kerajaan yang baru dilantik sibuk melebihkan tuntutan pihak pembangkang tatkala negara dan rakyat dalam kesusahan menghadapi krisis pandemik Covid-19.

“Saya berharap UMNO akan segera melaksanakan semua perkara itu untuk membangkitkan semangat orang-orang Melayu untuk bersatu dan bangun menentang kebodohan ini. Semoga dengan tekanan-tekanan ini, orang-orang Melayu akan kembali dipimpin oleh pemimpin-pemimpin mukhlisin yang bersih hati nurani.”

https://www.samudera.my/melayu-akan-bersatu-menentang-keputusan-luluskan-uec-nadia-aziz-najm/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo