NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan khianat perlembagaan negara jika iktiraf UEC – Zainal Kling


KUALA LUMPUR, 09 September 2021 – Kerajaan sudah mengkhianati Akta Pendidikan Negara dan juga Perlembagaan Negara Perkara 152 jika mengiktiraf UEC, tegas Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling.

Ujar Anggota Jawatankuasa Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu, “Malaysia dilandaskan kepada Perlembagaan yang meletakkan segala hal yang berkaitan dengan hal rasmi pendidikan dan sebagainya, mestilah dalam Bahasa Melayu”.

Maka sistem pelajaran dalam akta pendidikan adalah suatu tindakan rasmi kerajaan, jelasnya dalam siaran buletin malam TV Pertiwi semalam.

“Dari segi keadilan dan perpaduan negara, UEC semua sekolah Cina mesti menerima bahawa mereka adalah rakyat Malaysia, mereka adalah warganegara Malaysia.”

“Jikalau mereka tidak menerima bahasa kebangsaan sebagai media dalam pendidikan, maka mereka telah mengkhianati Perlembagaan Negara, mengkhianati Akta Pendidikan Negara dan sekali gus mengkhianati undang-undang kerakyatan negara,” tegas pakar Perlembagaan dan Sejarah Malaysia itu lagi.

https://www.samudera.my/kerajaan-khianat-perlembagaan-negara-jika-iktiraf-uec-zainal-kling/amp/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo