NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jalan Malaysia di Gaza sempena Kemerdekaan ke 64


Perbandaran Gaza menamakan jalan di daerah barat bandar Gaza sebagai 'Jalan Malaysia' sebagai memperingati kemerdekaan Malaysia hari ini.
PALESTIN NAMAKAN JALAN DENGAN NAMA MALAYSIA STREET BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-64 MALAYSIA

Inilah hadiah paling besar Palestin buat kita bersempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64 pada tahun ini.

Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia.

Malaysia Street ini terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini. Pemilihan lokasi ini menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka.



Perasmian jalan pagi tadi disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj, CEO Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.


Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestina!

MasyaAllah terharu dan sangat berbangga! šŸ˜šŸ¤©šŸ‡µšŸ‡øšŸ‡²šŸ‡¾


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo