NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Henti polemik usul undi percaya


Henti polemik usul undi percaya. Ketua-ketua penerangan parti dalam Perikatan Nasional (PN) meminta semua ahli Parlimen supaya menghentikan polemik usul undi percaya, sebaliknya menumpukan agenda pemulihan ekonomi dan Covid-19.

Dalam kenyataan bersama, mereka berpandangan bahawa pelantikan Perdana Menteri adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, justeru menyifatkan Seri Paduka berpuas hati dengan sokongan majoriti yang jelas kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali gus undi percaya tidak lagi diperlukan.

“Kami menyeru semua ahli Parlimen memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi, penjagaan kesihatan rakyat, pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan, serta penerusan usaha-usaha menangani Covid-19 dalam sidang Parlimen yang bakal bermula pada 13 September 2021 ini.

“Kami menggesa parti-parti pembangkang menghentikan sikap bermuka-muka dalam hal ini. Negara memerlukan kestabilan dan sebarang usaha pembangkang untuk menggugat kestabilan pada waktu ini adalah tindakan yang bukan sahaja tidak kena masanya, malahan juga tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pada masa sama, sebagai jentera penerangan gabungan parti-parti dalam PN, mereka berikrar untuk terus membantu Ismail Sabri Yaakob dan pucuk pimpinan semua parti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Terutama dalam menyampaikan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan; Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad; Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP), Chin Vui Kai; Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (Star); Jeffrey Kumin, Ketua Penerangan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan), Koo Shiaw Lee

https://mykmu.net/2021/09/13/henti-polemik-usul-undi-percaya/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo