NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Rakyat: KDN cadang pinda Perlembagaan isu kewarganegaraan



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk menggubal polisi baharu bagi meminda Perlembagaan berhubung kerakyatan automatik anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia adalah berikutan dua keputusan berbeza di mahkamah berhubung isu terbabit baru-baru ini.

Ekoran itu katanya, kerajaan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan di Mahkamah Tinggi sehingga isu ini selesai.

"KDN bercadang untuk membawa perkara ini bagi mendapatkan polisi baharu untuk meminda Perlembagaan bagi memudahkan ibu-ibu yang melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warganegara asing," katanya ketika Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.

Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.

Pun begitu, kerajaan Persekutuan memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu.

Mengulas lanjut, Hamzah menjelaskan, pada masa yang sama, Majlis Raja-Raja Melayu selaras dengan Perkara 159(5) Perlembagaan.

Sehubungan itu katanya, KDN mengambil keputusan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"KDN kini berada di keadaan terhimpit dengan keputusan Mahkamah Kuala Lumpur iaitu kes Suriani Kempe dan enam wanita Malaysia lain lawan kerajaan Malaysia dan kes satu lagi lawan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan dua lagi berhubung pentafsiran istilah bapa.

"Setelah mendapat dua keputusan yang berbeza dan justeru itu, KDN mengambil keputusan ini," jelasnya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-kdn-cadang-pinda-perlembagaan-isu-kewarganegaraan-32122



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo