Responsive Ad Slot

82.5 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksin


82.5 peratus populasi dewasa sudah lengkap vaksin setakat semalam 25 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 19,336,889 individu atau 82.5 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di portal COVIDNOW hari ini, KKM memaklumkan sebanyak 93.6 peratus atau 22,599,346 populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,847,256 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo