NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Takiyuddin gesa semua pihak bersatu tolong rakyat dan negara, ketepi perbezaan


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengajak semua pihak bersatu dan berusaha menyelesaikan masalah melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung PAS itu turut meminta supaya semua pihak mengenepikan perbezaan, berhenti mengkritik dan mengemukakan syor bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

"Gagal kerana belum berjaya dalam usaha, lebih baik daripada berjaya kritik tapi gagal beri solusi.

"Mari bersatu hati, gabung usaha, kritik dan solusi, ketepi dulu perbezaan, utamakan negara dan semua rakyat jelata," katanya dalam hantaran di Twitter, semalam.

Hantaran Twitter beliau turut disertai gambar dengan tulisan 'Be an encourager. The world has plenty of critics already (Jadilah pendorong, dunia ini sudah penuh dengan kritikan).

Teguran Ahli Parlimen Kota Bharu itu dipercayai merujuk kepada pelbagai isu dan kemelut yang timbul dalam politik dan pentadbiran negara ketika ini.


Kemelut politik tercetus apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos lalu mengumumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, tiga hari selepas itu, Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri mendakwa 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menyokong Perikatan Nasional (PN) serta Muhyiddin sehingga keabsahan Perdana Menteri ditentukan di Dewan Rakyat.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo