NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan gubah wang haram


JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atau dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram tiga tahun lalu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang berjumlah RM100,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.


Bagi perbuatan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Kesalahan itu dilakukan di Maybank Islamic Berhad Jalan Persiaran Perling, Taman Perling pada 16 dan 19 Jun 2018.

Syed Saddiq diwakili peguam Gobind Singh Deo, manakala pendakwaan dikendalikan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Timbalan Pendakwa Raya (SPRM), Akmal Akram Gharib serta Mohd Afif Ali.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan baharu sebaliknya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin terhadap Syed Saddiq menggunapakai jaminan yang sama dikenakan kepada beliau ketika menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pihak pendakwaan juga memohon mahkamah memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana semua saksi pendakwaan adalah orang yang sama bagi kes dihadapi di Kuala Lumpur.


Sumber  : sinarharian



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo